Bangi, 13/2/2012 – YBK telah mengadakan perbincangan meja bulat bersama beberapa ahli akademik dan SUKARELAWAN YBK. Perbincangan meja bulat tersebut bertujuan merancang  untuk melaksanakan seminar antarabangsa mengenai kemiskinan oleh YBK adalah sempena sambungan ulangan tahun penubuhan YBK ke 22 tahun. 

Perbincangan merumuskan objektif seminar adalalah bertujuan menjadi input kepada pihak Kerajaan meningkatkan dasar berkaitan pembasmian kemiskinan; mengukuhkan hala tuju YBK sebagai entiti “civil society” yang menjadi pelengkap kepada peranan dan usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan, berkongsi pengalaman mengenai “best practise” dengan lain-lain negara dalam pembasmian kemiskinan, menjadikan rangka kerja (framework) kepada pihak Kerajaan dalam pembangunan negara terutama berkait kemiskinan relatif, membantu pihak Kerajaan dalam pembasmian kemiskinan yang lebih terfokus pada masa akan datang dan mewujudkan rangkaian kerjasama antara pihak YBK dengan lain-lain institusi antarabangsa mengenai pembasmian kemiskinan.
Seminar yang dirancang dapa bulan Jun 2012 akan bertema “poverty eradication in new transformation economic, growth distribution, and society responsibility”. Belum dimuktamabkan di mana format seminar dicadangkan adalah key notes address, plenary section, roundtable discussion (1 moderator for each table set up and maksimum 10 to 12 participants

Beberapa topik dicadangkan bagi Seminar berkenaan, antara lainnya ialah current senario of poverty eradication in Malaysia (key notes address), YBK success story, Poverty eradication from Islamic perspective especially role of zakat and wakaf, Social safety net/ empowering poverty society, Cases study – international expericiences, Poverty resource management, Poverty gap between etnic, Rural poverty dan Urban poverty

Antara yang hadir adalah PROF. MADYA DR FATIMAH KARI (CPDS Universiti Malaya), PROF. CHAMURI SIWAR (LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia), EN ANIS YUSAL YUSSOF (KITA, Universiti Kebangsaan Malaysia), EN MUHAMMAD IDRIS (EPU), CIK NORMI NORDIN (ICU).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;