Shah Alam, 13/3/2012 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) akan memasuki tahun yang ke-22 berkhidmat untuk rakyat membasmi kemiskinan di Malaysia di mana setiap tahun YBK akan menyambut ulang tahunnya pada tanggal  26 Mac. Pada tahun 2012, YBK telah mengambil pendekatan untuk melancarkan Program 5 tahun Transformasi YBK berteraskan konsep Transformasi YBK 11757 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Program pelancaran ini dihadiri oleh hampir 3000 orang tetamu yang terdiri daripada Alumni Asrama Kasih & Alumni Pusat Latihan Kemahiran YBK, Sukarelawan YBK, Pelajar Pusat Latihan Kemahiran YBK, penerima bantuan Skuad Sinar Kasih YBK & Sinar Kasih Ramadhan, pelajar sekolah Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM), anak-anak asrama Kasih YBK & Jambo Sakti,  para konsultan, agensi kerajaan dan agensi swasta yang terlibat termasuk mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Majlis Pelancaran Program Transformasi YBK 2012-2016  ini diadakan pada hari Selasa, 13 Mac 2012 bertempat di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam mulai jam 8 pagi hingga 6 petang. Majlis sehari ini diatur dengan pelbagai pengisian program yang menarik iaitu Sesi bersama ikon-Semangat Malaysia Boleh dengan menampilkan  Angkasawan Negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Juara Masterchef Malaysia, Dr Ezani Farhana, Sesi bersama ikon- Membakar dan menyemarak Semangat Niaga dengan penampilan istimewa Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim dan Pengasas ESQ Leadership Centre Dr H.C.Ary Ginanjar Agustian termasuk persembahan hiburan daripada artis iaitu Ana Rafali, Bob Af, Kumpulan Al-Mawlid dan papa rock Malaysia, Ramli Sarip.

Pihak Pengurusan YBK mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para urusetia dan tetamu yang sudi hadir menjayakan Majlis Pelancaran Program Transformasi YBK 5 tahun ( 2012-2016 ) sempena 22 tahun Yayasan Basmi Kemiskinan. Semoga Plan Transformasi YBK 2012-2016 ini akan memberikan impak maksimum dalam menjadikan YBK sebagai JARI JEMARI kerajaan dalam membasmi kemiskinan rakyat.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;