Gesir Tengah, 10/3/2012 - Perjanjian persefahaman (MoU) di antara Yayasan Basmi Kemiskinan (Akademi Kemahiran YBK) AKYBK dengan MIGHT METEOR Advanced Manufacturing Sdn. Bhd. (MMAM). Telah berlangsung pada 10 Mac 2012 bertempat di Pejabat YBK Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu, dengan AKYBK diwakili oleh Tn. Hj. Bing Selamat Amir (ALPA)  manakala  MMAM diwakili oleh Prof. Jasmin Baba (Eksekutif Director).

AKYBK dan MMAM bersetuju untuk bekerjasama dan bersedia memberikan, antara lainnya khidmat nasihat tentang teknologi tinggi dan bidang-bidang yang berkaitan denganya, khidmat runding bagi melaksanakan program sejajar dengan agenda nasional (ETP Road Map) dan pelan pelaksanaan projek dan peruntukan bagi menjayakan program kemahiran teknologi tinggi yang dirancang bagi mencapai hasrat bersama untuk melahirkan pekerja mahir kolar biru berpendapatan tinggi. 

Turut hadir dalam majlis tersebut Datin Hartini Osman (ALPA), Pn. Norleza Hambali (Pengurus AKYBK) dan Mohd Romdani Sharif (Pen. Pengurus AKYBK) dari Yayasan Basmi Kemiskinan. MMAM pula turut disertai Dr. Hasnah Ismail (Managing Consultant) dan Pn. Mahasuria Idris (General Manager). Lawatan ke AKYBK telah dilakukan setelah selesai menandatangani perjanjian persefahaman tersebut.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;