RENGIT (BATU PAHAT) 29 Mac - Jelajah roadshow Sukarelawan YBK diteruskan di Rengit, Batu Pahat atas jemputan pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMK Tun Sardon untuk memberikan taklimat berkenaan Sukarelawan YBK.

Sesi taklimat ini adalah bersempena dengan inisiatif menjadikan MPP SMK Tun Sardon sebagai 'anak angkat' YBK. Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Encik Zulhairy Jalaluddin beserta Eksekutif Sukarelawan YBK, Encik Audi Faliq Ibrahim hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Seramai 20 orang ahli MPP hadir dalam sesi taklimat ini.

Sesi taklimat dimulakan oleh kata-kata aluan oleh saudara Mohd Nasrullah Mohd Yahya selaku ketua MPP SMK Tun Sardon. Sesi diteruskan dengan penerangan berkenaan YBK dan Sukarelawan YBK oleh Encik Audi Faliq Ibrahim dan Encik Zulhairy Jalaluddin. Sesi soal jawab menyusul di mana ramai peserta diberi ruang mengajukan pertanyaan atau pendapat kepada wakil YBK. Sesi diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata antara pihak SMK Tun Sardon dan YBK. Borang pendaftaran sukarelawan turut diedarkan dan seluruh peserta telah mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan YBK.

Semoga sesi taklimat ini menjadi langkah pertama dalam Sukarelawan YBK mengorak langkah menjangkaui liputannya ke lebih banyak kawasan khususnya di negeri Johor dan di seluruh Malaysia amnya.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;