Kelana Jaya, 10/4/2012 -Selaras dengan aspirasi menjadikan sekolah luar bandar mendapat akses seimbang kepada program peningkatan prestasi dan modal insan, Yayasan Basmi Kemiskinan telah berbesar hati memberikan sedikit sumbangan kepada PIBG SK Sungai Selisek untuk melaksanakan program bermanfaat kepada para pelajarnya.

Sumbangan ini adalah bertitik tolak daripada lawatan YBhg. Dato Pengerusi YBK ke Mesyuarat PIBG yang diadakan pada bulan Mac yang lalu, di mana Dato' Pengerusi telah melihat potensi sekolah ini untuk berkembang dan maju jika dibantu dengan sewajarnya. Pembangunan modal insan melalui program pendidikan dan kemahiran adalah salah satu strategi dalam meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga itu.

Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Encik Zulhairy Jalaluddin telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada SK Sungai Selisek yang diwakili oleh Guru Penolong Kanan. Semoga sumbangan ini menjadi batu loncatan untuk SK Sungai Selisek khususnya dalam merangka program kecemerlangan pelajarnya.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;