UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (SERDANG) 19 April - Jelajah 'roadshow' memperkenalkan Sukarelawan YBK diteruskan dengan pertemuan bersama ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM). Pertemuan secara santai ini telah diadakan di Bilik MPP UPM di Kompleks Mahasiswa UPM dan dihadiri oleh wakil-wakil MPP.

Sesi dimulakan dengan acara perkenalan di antara wakil MPP yang diketuai oleh saudara Iqbal Ismat Nordin selaku Yang DiPertua MPP, dan ahli-ahli MPP yang lain. Encik Audi Faliq Ibrahim selaku Eksekutif Sukarelawan seterusnya meneruskan sesi dengan memberikan taklimat berkenaan profil Yayasan Basmi Kemiskinan dan Sukarelawan YBK termasuk program-program seperti Skuad Kasih YBK (SKY), Sinar Kasih Ramadhan (SKR), Asrama Kasih, dan lain-lain. Sesi soal-jawab dan pertukaran idea menyusul di mana para MPP bertanyakan soalan serta cadangan/idea mereka kepada YBK. Pihak MPP kemudiannya mengisi borang keahlian Sukarelawan YBK sebagai tanda rasmi menyertai Sukarelawan YBK.


Sesungguhnya MPP UPM telah mencatat sejarah sebagai MPP pertama di kalangan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang menyertai Sukarelawan YBK. Diharapkan kerjasama dan semangat yang ditunjukkan oleh barisan MPP ini dalam menjana idea dan kesediaan untuk turun mengadakan program menjadi contoh dan semangat kepada para belia yang ingin menceburi arena kesukarelawanan ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;