Sekinchan - YBK bersama-sama Karyawan Bestari telah mengadakan majlis kenduri doa selamat bagi keluarga Encik Omar Ravi Abdullah, salah seorang peserta program Umrah Seringgit Sejuta Nilai (USSI) yang dijangka akan berlepas menunaikan umrah pada 12 Mei 2012.

Tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Datuk Haji Samsuddin Lias, ADUN Sungai Burong dan Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK serta En Abdullah Abd Hamid, Pengarah Urusan Karyawan Bestari. Pada majlis tersebut, YB Datuk Hj Samsuddin Lias telah sudi menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga Encik Omar Ravi. Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk Kampung Parit 4 Sekinchan di atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan majlis tersebut

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;