Bosnia, Sarajevo 1 Mei 2012 -  Rombongan YBK mengadakan lawatan ke SOS Children Village Sarajevo. Sebuah perkampungan penempatan anak yatim  yang di asaskan oleh Herman Gmeiner. Herman Gmeiner berasal dari Austria yang kehilangan emak ketika usi kanak-kanak. Pengalaman ngeri dalam perang Russia telah memberi inpirasi menubuhkan SOS Children Village dengan modal 600 Austrian Schilling (40 USD) di Tyrol, Austria. Kini terdapat 438 SOS Children Village berada dalam 132 negara seluruh dunia, dengan 346 SOS Youth Facilities yang  menyediakan tempat tinggal kepada lebih 60,000 anak yatim.

Penempatan anak yatim SOS Children ini menempatkan lebih 30 rumah yang boleh menempatkan 6-10 anak yatim anak dan anak yang ditinggalkan di Bosnia yang  dilengkapkan dengan semua kemudahan.  Mereka dijaga oleh seorang ibu tunggal yang diberi gaji oleh yayasan dalam sebuah rumah yang menempatkan 6-7 anak yatim. Pihak yayasan menyediakan kos penjagaan anak termasuk makanan dan perbelanjaan persekolah untuk setiap rumah.

Dalam lawatan YBK telah memberi sumbangan peralatan permainan dan makanan kepada salah sebuah rumah

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;