Kuala Lumpur, 8/5/2012 - Program Umrah Seringgit Sejuta Nilai ( USSI ) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan dan Syarikat Karyawan Bestrai Sdn Bhd telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengumpulkan sumbangan bernilai RM1 daripada orang ramai bagi membantu golongan miskin menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci Mekah.

Setakat Bulan Mei 2012, sumbangan yang berjaya dikumpulkan berjumlah RM17,000 dan jumlah kutipan ini telah pun melebihi sasaran yang ditetapkan bagi penghantaran peserta USSI peringkat pertama.

Dua insan bertuah yang berjaya terpilih pada peringkat pertama ini ialah Encik Omar Ravi Abdullah seorang mualaf berusia 42 tahun dari Manjung Karang, Selangor dan Encik Abdul Samad Safie bekas Ahli Bomba berusia 59 dijangka berlepas menunaikan umrah buat kali pertama pada hari Sabtu, 12 Mei 2012.

Rentetan daripada itu, satu Majlis Penyerahan Tiket Penerbangan Program Umrah Seringgit Sejuta Nilai kepada kedua-dua peserta ini telah disempurnakan oleh YB Senator Mej. Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara Kuala Lumpur. Antara tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Tan Sri Dato Shaikh Haji Ismail Bin Muhammad Imam Besar Masjid Negara, Encik Zulhairy Jalaluddin Ketua Pegawai Eksekutif YBK dan Encik Abdullah Abdul Hamid Pengarah Karyawan Bestari Sdn Bhd.

Selain sumbangan wang ringgit, program USSI juga turut menerima pelbagai produk tajaan daripada syarikat korporat untuk diberikan kepada peserta seperti buku panduan umrah dan haji, vitamin dan makanan kesihatan, beg pakaian serta kain ihram.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;