Hulu Selangor, 13/5/2012 - YBK bersama SUKARELAWAN telah mengagih-agihkan bantuan makanan kepada keluarga mangsa banjir di Kg Sg Masin Batang Kali. Rombongan YBK yang dipimpin oleh Pengerusi Dato Zainal Abidin Hj Sakom dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pegawai dan Kakitangan YBK bersama SUKARELAWAN YBK telah melawat 71 keluarga mangsa banjir dan menyumbang bantuan makanan. Wakil Kg Sg Masin yang diketuai oleh Sdr Zukefli telah memimpin aktiviti agihan makanan yang mengambil masa lebih 2 jam.

Rombongan YBK telah diberi sambutan baik oleh penduduk yang turut membantu mengagihkan bantuan. Walaupun bantuan makanan diagihkan semuanya kepada mangsa banjir, terdapat 8 keluarga yang tidak dapat menerima kerana tidak dimaklumkan atau dibanci lebih awal dan merupakan penduduk Indonesia. YBK telah berjanji akan datang lagi untuk mengagihkan kepada mereka dalam tempuh terdekat atas dasar kemanusian.

YBK juga berkesempatan melawat dan mengagih makanan kepada 8 keluarga mangsa banjir di Kg Genting Malek sebuah perkampungan yang berhampiran. Kebanyakan rumah yang terlibat yang mengalami kerosakan rumah teruk di sebabkan berhampiran dengan sungai. Malah dari maklum balas penduduk mereka selamat apabila terpaksa berada di atap rumah disebabkan paras air yang tinggi.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;