Pada tahun 2012 ini, Majis Pelancaran Sinar Kasih Ramadhan 1433H / 2012 (SKR 2012) telah diadakan bertempat di Auditorium Kompleks Media Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Haji Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK. Antara tetamu yang turut hadir ialah YB Senator Dato' Syed Ibrahim Kader Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia, YBhg Dato Hussamuddin CEO dan YBhg Datuk Abdul Jalil Ali Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf. Pada majlis pelancaran ini, sejumlah RM56,200 sumbangan diterima oleh YBK daripada para penderma bagi membiayai 120 buah keluarga iaitu Dato Hussamuddin (RM10,200.00), Zulbella Sdnย Bhd (RM10,200.00), Gerak Utusan Sdn Bhd (RM5,100.00), YBK Usahasama Sdn Bhd (RM5,100.00), Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd (RM5,100.00) dan Yayasan KIMMA Nasional (RM25,500.00)
Sempena majlis pelancaran, Tabung SINAR KASIH Ramadhan 2012 telah diserahkan kepada institusi dan ahli SUKARELAWAN YBK yang turut membantu melaksanakan aktiviti kutipan dari orang ramai.ย ย
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Sinar Kasih 2012 dan Kaedah Sumbangan SKR 2012,ย sila klik di siniย