Serendah - Asrama Kasih YBK Serendah buat pertama kalinya telah menganjurkan Pesta Sukan 2012 hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Sepak Futsal, Bola Jaring, Badminton, Sepak Takraw serta sukan dalaman seperti carrom, dam dan catur. Semua pelajar kecuali pelajar Tingkatan 5 terlibat dalam acara sukan yang dipertandingkan.  Pesta Sukan diserikan dengan acara sukan rakyat yang menuntut ketabahan dan kerja pasokan pelajar dalam memastikan kejayaan pertandingan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg Dato Zainal Abidin Hj Sakom Pengerusi YBK yang juga turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Kakitangan YBK. Menurut Dato Pengerusi, selepas 18 tahun asrama kasih YBK menempatkan pelajar, tahun ini pengurusan telah berjaya melaksanakan program sukan kepada pelajar. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan kepada pelajar sebelum mereka balik ke kampung masing-masing sempena cuti persekolahan yang bermula hari ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;