PLAZA ALAM SENTRAL, 27 Mei - Program jelajah Sinar Kasih Ramadhan 2012 diteruskan dengan destinasi seterusnya di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Program ini turut dijayakan bersama dengan kehadiran penyampai radio daripada stesen Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali dengan panggilan DJ Lin, yang turun untuk membuat persembahan di pusat membeli-belah tersebut.

Program bermula pada jam 5 petang dengan kemunculan DJ Lin yang memulakan acara hiburan dan menghebahkan kepada pengunjung berkenaan program Sinar Kasih Ramadhan 2012 anjuran YBK dan Sinar Harian. Sukarelawan YBK, Encik Audi Faliq Ibrahim bersama kakitangan YBK yang hadir kemudiannya bersama-sama mengedarkan brosur informasi SKR 2012 kepada para pengunjung di samping mengutip sumbangan daripada pengunjung yang hadir melalui tabung yang disediakan.

Ternyata pengunjung Plaza Alam Sentral tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan amal jariah dengan ramai yang menyumbang ke dalam tabung yang disediakan. Pihak Suria FM juga telah menyatakan minat mereka untuk berkolaborasi dengan YBK berkenaan program-program seumpamanya di masa-masa akan datang. Diharapkan semangat ingin menyumbang dan beramal ini akan terus ditunjukkan di siri jelajah SKR yang akan datang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;