KUALA TERENGGANU, 1 Jun - Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan penyertaan golongan remaja dan belia dalam aktiviti kesukarelawan, roadshow Sukarelawan YBK diteruskan dengan satu sesi promosi ke negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Terengganu Darul Iman. Satu perjumpaan ringkas dan santai bagi tujuan memberi taklimat mengenai YBK dan Sukarelawan YBK telah diadakan dengan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) beserta wakil-wakil persatuan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kedatangan pegawai YBK, Encik Audi Faliq Ibrahim bersama seorang Sukarelawan YBK dari Batu Enam Kuala Terengganu, Cik Farah Nadia Zahari telah disambut oleh saudara Mohd Adam Zakria, wakil Majlis Perwakilan Pelajar UMT. Taklimat tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada persatuan pelajar antaranya Persatuan Kaunseling dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan khas UMT. Seramai 30 orang pelajar hadir dalam sesi taklimat tersebut. Encik Audi Faliq telah menyampaikan taklimat dengan menerangkan berkenaan sejarah YBK, program dan aktiviti YBK, serta maklumat khusus mengenai Sukarelawan YBK seperti prosedur pendaftaran keahlian serta cara menghantar kertas kerja cadangan program.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;