LEMBAH SUBANG 14 Jun - Prihatin dan membantu. Skuad Sinar Kasih YBK (SKY) telah berkunjung ke rumah Encik Azmi Ramli di Flat PPRT Lembah Subang. Encik Azmi bersama isteri dan 4 orang anak beliau mendapat perhatian kami kerana beliau tinggal di rumah yang kelengkapan asasnya tidak begitu sempurna. Kisah keluarga beliau yang pernah hidup gelandangan di dalam kereta ada dipaparkan dalam akhbar.

Skuad SKY yang diwakili Encik Audi Faliq Ibrahim telah datang berkunjung ke rumah Encik Azmi untuk melihat dan mendengar sendiri masalah yang ditanggung oleh beliau dan keluarga. Keadaan rumah beliau yang tidak mempunyai kelengkapan asas yang sempurna seperti tandas telah sedikit sebanyak menyukarkan urusan seharian. Tambahan, Encik Azmi sendiri tidak begitu sihat kerana pernah diserang strok dan buat masa ini bergantung kepada bantuan zakat dan ihsan jiran tetangga. Beliau juga pernah dijanjikan bantuan oleh beberapa individu berkepentingan tetapi tidak mendapat maklumbalas.

Pihak YBK telah menghulurkan sumbangan ikhlas dan akan cuba mendapatkan maklumbalas daripada agensi-agensi yang berkaitan. Para dermawan yang ingin menyumbang kepada Encik Azmi dan keluarga sama ada dalam bentuk wang atau material boleh menghubungi YBK. Semoga sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga Encik Azmi

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;