Kuala Sanglang, Perlis - YBK dengan kerjasama SMK  Kuala Sanglang Perlis telah melancarkan Program KUNTUM 2012 yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis Dato Seri Dr Ahmad Sabu. KUNTUM iaitu Program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu adalah program pendidikan yayasan yang menyediakan tuisyen SPM percuma kepada pelajar miskin yang  dilaksanakan oleh YBK sejak tahun 1993 telah menawarkan kepada 23 sekolah luar  bandar seluruh negara pada tahun 2012. 

Walaupun YBK tidak mendapat sebarang bantuan kewangan dari agensi kerajaan khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar namun YBK meneruskan progranm dengan dana sendiri. Sempena pelancaran KUNTUM 2012 kali, YBK telah menyediakan sesi motivasi kepada hampir 200 orang pelajar KUNTUM dari SMK Kuala Sanglang dan SMK Arau Perlis serta SMK Kubur Panjang Kedah. Sesi motivasi yang disampaikan oleh seorang pensyarah dari Perlis berjaya mermberi suntikan kepada pelajar supaya berjaya dalam dalam Peperiksaan  SPM yang akan datang. Majlis juga dihadiri oleh Prof Emeritus Dr Sulaiman Md Yassin Lembaga Pemegang Amanah dan kakitangan YBK serta  guru dari sekolah yang terlibat

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;