- Hit: 1638
Gesir, 10/6/2012 - Majlis Hari Terbuka Asrama Kasih YBK Gesir telah diadakan sempena pembukaan sekolah penggal kedua pada 11/6/2012. Objektif majlis ini diadakan supaya supaya pihak pengurusan asrama dapat duduk semeja bersama ibu bapa dan penjaga berbincang dan berkongsi pendapat mengenai anak masing-masing. Seramai lebih 40 orang telah hadir sebagai mewakili anak masing-masing hadir ke majlis tersebut
Majlis bermula dengan bacaan doa, ucapan daripada Pengetua Asrama. En Zulhairy Jalaludin selaku CEO YBK dan mempengerusikan majlis ini. Di dalam sesi taklimat prestasi pelajar secara am dan perbincangan, penjaga telah memberi maklum balas yang baik dalam menerima saranan YBK serta memberi maklum bagaimana untuk meningkatkan prestasi pelajar. Secara umum penjaga bersetuju dengan saranan YBK untuk memastikan prestasi pelajar yang lebih baik.
Akhir sesi, ibu bapa dan penjaga bersama kakitangan asrama dan YBK menjamu selera yang disediakan oleh Pengetua Asrama