Shah Alam – 7/7/2012, YBK telah menganjurkan  Majlis Istighasah Al-Kubra bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan NGO-NGO Islam di Selangor. Kira-kira lebih dari 5,000 orang telah hadir pada majlis tersebut yang mana hampir 70% daripada kehadiran adalah terdiri daripada peserta wanita. Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abu Hassan bin Haji Omar, YBhg. Datuk Dr. Aziz Jamaludin bin Tahir (YDP YADIM), Y.B. Dato' Abdul Rahma n Palil (ADUN Sementa).

Majlis yang dimulakan dengan Qiamullail pada jam 4.00 pagi iaitu solat Tahajjud (8 rakaat), solat Hajat (2 rakaat) dan solat Witir (3 rakaat) telah dipimpin oleh Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kemudian jemaah melaksanakan solat Subuh pada 5.50 pagi    yang dipimpin oleh Fadhilatus Sheikh Tuan H Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri (Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah). Selepas itu jemaah beramai-ramai lapangan masjid untuk melaksanakan Zikir Munajat Istighasah Al-Kubra yang dipimpin Kumpulan Zikir YADIM selepas tazkiran Istighasah oleh YBhg. Dato’ Hj Zainal Abidin bin Sakom. Doa istighasah yang memohon keselamatan dan keamanan dari Allah swt telah dipimpin oleh Fadhilatus Sheikh Ustaz Hj Mohamad Imran Nasohah Al-Muqri (Imam Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya). Majlis penutup adalah bacaan Qasidah     oleh Prof. Dr. Haji Said Agil Husin Al-Munawar (Mantan Menteri Agama Indonesia), Majlis berakhir pada 8.00 pagi dengan jamuan dan bersurai

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;