Kuala Selangor, 11/7/2012 - YBK telah menerima kunjungan seramai 22 orang pegawai kanan kerajaan Nigeria sebagai sebahagian rancangan Poverty Eradication Programe yang dianjurkan oleh AXSEL, sebuah syarikat swasta yang terlibat dalam program pembangunan manusia untuk negara ketiga seperti Nigeria. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta melihat keberkesanan NGO seperti YBK dalam membantu membasmi kemiskinan dalam negara disamping melihat pendekatan Malaysia mengatasi kemiskinan negara.

Untuk tujuan tersebut peserta telah dibawa ke Pusat latihan YBK Kuala Selangor (PLYBK) dan Desa kasih Merbau Berdarah. Dalam lawatan ke PLYBK, YBK diketuai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Tn Hj Bing Selamat membawa peserta lawatan melawat sekitar bengkel Pusat Latihan YBK. Ia meliputi bengkel penghawa dingin, elektrik, automotif serta pelukis plan bangunan. Ketua Pegawai Eksekutif YBK, En Zulhairy juga telah memberikan penerangan serta informasi tentang YBK sepanjang 22 tahun membantu kerajaan membasmi kemiskinan di Selangor serta Malaysia.

Selepas itu peserta dibawa melawat Desa Kasih Merbau Berdarah, sebuah program pembangunan komuniti setempat yang menempatkan 100 keluarga termiskin yang bangunkan oleh YBK bersama MAIS dan Pejabat Kemajuan Negeri Selangor pada tahun 1999. Walaupun begitu pada tahun 2003, Desa Kasih Merbau Berdarah dan desa-desa kasih lain telah diserah dan  diuruskan oleh Pusat Zakat Selangor.  Dalam sesi lawatan di desa kasih Merbau Berdarah, peserta diperkenalkan dengan projek komuniti seperti membuat kuih dan pakaian sekolah yang dilaksanakan oleh Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah Berhad yang dimilikki sepenuhnya oelh poenduduk Desa Kasih Merbau Berdarah. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;