Hulu Selangor, 15/7/2012 - YBK telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita di Perkampungan Orang Asli Bukit Manchung Hulu Selangor. Program yang disertai lebih 130 keluarga orang asli Kg Bukit Manchung dan Sg Kelubi itu bermula jam 8.00 hingga 1.00 tengahari 

Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanitya merupakan program kesihatan YBK sejak tahun 2007 dengan  kerjasama Pejabat  Kesihatan Daerah dan SUKARELAWAN YBK.  Antara lain objektif program adalah memberi kesedaran kesihatan, mengurangkan kes barah payu dara dan pangkal rahim dan meningkatkan kesedaran cara hidup sihat di kalangan golongan sasar. Untuk perkampungan orang asli Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Hulu Selangor turut membantu menjayakan program. Antara pemeriksaan kesihatan yang dilakukan termasuklah pemeriksaan payu dara dan pap smear bagi golongan wanita dan pemeriksaan tahap, berat badan unggul dan pemeriksaan am. 

YB Datuk Isa Abu Kassim ADUN Batang Kali telah merasmikan majlis penutup. Dalam ucapannya beliau sangat berbesar hati dan mengucapkan tahniah di atas inisiatif YBK merancang dan melaksanalkan program kesihatan di perkampungan di situ. Program ini mencatatkan seramai lebih 150 orang telah mengambil kesempatan membuat pemeriksaan kesihatan dan lebih 50 melakukan pemeriksaan payu dara dan pap smear. Program dimeriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah dan nyanyian lagu secara karaoke orang penduduk orang asli dan jamuan makan tengahari. 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;