Kelana Jaya, 16/7/2012 - mulai hari ini hingga 19/7/2012 YBK akanΒ  mengagihkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan kepada kepada 280 keluarga miskin di seluruh negara yang diperakukan oleh guru KUNTUM dan SUKARELAWAN YBK di seluruh negara. Kempen sumbangan Sinar Kasih Ramadhan yang dilancarkan dengan kerjasama Akhbar Harian Sinar 3 bulan lepas berjaya mengutip lebih RM100,000.Β 

Di Perlis seramai 11 keluarga miskin terpilih menerima sumbangan RM510 setiap keluarga untuk memenuhi keperluan berbuka puasa dan bersahur sepanjang bulanm Ramadhan yang akan datang. Mereka yang mendapat sumbangan adalah

  1. Aminah bt Osman (Ibu tunggal, 7 tanggungan) dari Simpang Empat
  2. Sarimah Hayati Ghazali (ibu tunggal, 7 tanggungan) dari Simpang Empat
  3. Mohd Rozaidi Mohd Radzi (pelajar lepasan sekolah menyara 3 adik sekolah, kerana kematian ibu bapa) - Simpang Empat
  4. Abu Bakar Said (nelayan, miskin) dari Kuala sanglang
  5. Man Arob (mangsa tsunami miskin tanggungan 9 orang) dari Kuala Sanglang
  6. Suhaimi Hashim (miskin) dari Kangar
  7. Surani (ibu tunggal, mental) dari Kangar
  8. Azemi Ibrahim (nelayan miskin, anak ramai) dari Kuala Sanglang
  9. Sharifah Arshad (suami dalam penjara) dari Kg Permatang Keriang
  10. Rahmat Othman (menyara anak yatim) dari Jalan Bukit Katil
  11. Nazri Salleh (peaskit barah) dari Kuala Sanglang

Β 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;