KUALA TERENGGANU (TERENGGANU), 19 Julai 2012 - Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2012 turut diberikan kepada empat keluarga terpilih di daerah Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Pemilihan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh YBK menurut keadaan semasa keluarga-keluarga ini.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Sukarelawan YBK, Puan Sharifah Mazatu Akma Syed Hussin. Keluarga yang telah menerima sumbangan adalah;

1. Encik Tahir bin Hamzah (menduduki rumah pusaka yang agak uzur dan bergantung kepada bantuan agensi kerajaan)

2. Encik Abdul Ghani bin Salleh (tidak bekerja akibat uzur, tidak dapat berjalan dengan baik)

3. Encik Mohamad bin Embong (uzur dan bergantung pada pendapatan upah menjahit pakaian oleh isteri)

4. Puan Khadijah binti Mohamad (pendapatan bergantung kepada hasil bantuan agensi kerajaan)

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;