Serendah, 20/7/2012 โ€“ Sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, satu Majlis Ramah Mesra & Kesyukuran Ketua Setiausaha Negara bersama Anak Yatim Asrama Kasih YBK telah diadakan bertempat di Asrama Kasih YBK, Serendah. Kunjungan YBhg Datoโ€™ Sri Dr Ali Hamsa buat kali pertama ke Asrama Kasih YBK Serendah memberi sejuta kegembiraan kepada anak-anak Asrama Kasih kerana dapat berpeluang mengenali dengan lebih dekat dan beramah mesra dengan Ketua Setiausaha Negara yang ke-13 yang baru dilantik pada 24 Jun 2012 yang lalu.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan paluan kompang dan selawat Nabi menyambut kedatangan Datoโ€™ Sri Dr Ali Hamsa diikuti seterusnya dengan persembahan Kadet Koreksional oleh anak-anak Asrama Kasih YBK. Sebaik selesai persembahan tersebut, beliau turut bersama-sama berjemaah menunaikan Solat Maghrib, Isyak Dan Terawih yang diimamkan oleh Ustaz Amran Nasoha, Imam Masjid Darul Ehsan USJ. Kira-kira 300 orang tetamu hadir pada majlis tersebut. Antara tetamu yang turut hadir ialah Dato Haji Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK, barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK iaitu Prof Emeritus Datoโ€™ Dr Sulaiman Md Yaasin, Tuan Haji Bing Selamat Bin Amir dan Datin Hajah Hartini Osman, Encik Zulhairy Jalaluddin Ketua Pegawai Eksekutif YBK serta para sukarelawan YBK.

YBK ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg Datoโ€™ Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Malaysia kerana telah sudi meluangkan masa untuk beramah-mesra bersama Anak-anak Yatim Asrama Kasih YBK walaupun dalam kesibukan jadual beliau yang sangat padat.ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;