Sabak Bernam, 25/7/2012  - YBK sekali lagi dalam tempuh satu (1) bulan  telah menerima kunjungan seramai 16 orang pegawai kanan kerajaan Nigeria sebagai sebahagian rancangan Poverty Eradication Programe yang dianjurkan oleh pihak swasta. AXSEL Sdn Bhd sebuah syarikat swasta yang terlibat aktif menganjurkan dalam program pembangunan manusia untuk negara ketiga seperti Nigeria. 

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta melihat keberkesanan NGO seperti YBK dalam membantu membasmi kemiskinan dalam negara disamping melihat pendekatan Malaysia mengatasi kemiskinan negara. Kali ini peserta dibawa melawat dan mendapat taklimat berkenaan yayasan, Lembaga Zakat Selangor dan pembangunan program sosio-ekonomi Desa Kasih Merbau Berdarah. Taklimat berkenaan YBK telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBK Encik Zulhairy bin Jalaluddin, manakala pembangunan program soiso-ekonomi desa kasih semasa disediakan Fathulmungim Darul Salam, penyelia lembaga zakat yang bertugas. Peserta juga dibawa melawat rumah peserta dan bengkel jahitan milik Koperasi Desa Kasih. Taklimat berkenaan operai bengkel jahitan telah disampaikan oleh Puan Rozita Abdullah penyelia bengkel jahitan.

Secara umumnya peserta melahirkan rasa kagum dengan penglibatan YBK sebuah NGO setelah berjaya membangunkan dan menjadi 'champion' dalam pembangunan masyarakat termiskin setempat di bawah program Desa Kasih, Mereka juga kagum di atas usaha YBK membantu kerajaan dalam membasmi kemiskinan  melalui program latihan kemahiran kolej-kolej komuniti YBK dan kecemerlangan pendidikan sepert KUNTUM dan Asrama Kasih YBK

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;