- Hit: 1726
Parit Makuaseng, Pontian 28/7/2012ย - YBK telah mengagihkan bantuan kewangan bagi menampung keperluan puasa kepada seramai 102 keluarga miskin di Surau As-Soleha Parit Makuaseng Benut Pontian. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ahmad bin Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian
Di dalam ucapan YB Datuk Ahmad Maslan, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Basmi Kemiskinan yang tidak putus-putus merancang dan melaksanakan program membantu keluargaย miskin seluruh negara, walaupun mendapat tekanan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Dalam majlis tersebut seramai 69 keluarga miskin dari beberapa kampung bersekitar telah menerima bantuan kewangan YBK yang disampaikan oleh YB Datuk Ahmad bin Maslan. Manakala baki 33 keluarga yang tidak hadir akan disampaikan dalam majlis lain. Wakil YBK yang turut sama dalamย majlis tersebut adalah YBhg Dato Dr Mat Yassiir Ikhsan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang mewakili Pengerusi bersama pegawai dan SUKARELAWAN YBK.ย