Serendah, 12/7/2012 – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dari Brunei telah membuat lawatan kerja ke program-program pembasmian kemiskinan YBK. Lawatan yang  diketuai oleh Pengarah Urusan YSHHB iaitu Awang Haji Brahim bin Haji Ismail diiringi oleh Penolong Pengarah Urusan YSSHB, Awang Haji Musthapa bin Haji Matahir dan Pegawai YSSHB, Awang Samsudin bin Haji Puasa. Lawatan kerja ini bertujuan mendapatkan idea-idea yang boleh digunapakai oleh YSHHB.

Rombongan ini telah dibawa melawat ke Asrama Kasih Serendah dan diberikan taklimat oleh Pengetua ASKA, Puan Zainiah Amin sebelum dibawa melawat ke persekitaran asrama. Rombongan ini meneruskan lawatan ke Pusat Latihan YBK Kuala Selangor dan taklimat PLYBK disampaikan oleh Pengetua PLYBK, Zulkifli Zali.  

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;