Dalam majlis tersebut seramai 13 keluarga miskin sekitar Parlimen Pasir Gudang telah menerima RM510 setiap keluarga yang disampaikan sendiri oleh Dato Seri Khalid Nordin. Manakala baki 30 keluarga miskin lain akan disampaikan terus ke rumah keluarga terpilih selepas majlis. Wakil YBK yang turut sama dalamย majlis tersebut adalah YBhg Dato Dr Mat Yassiir Ikhsan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang mewakili Pengerusi bersama pegawai dan SUKARELAWAN YBK.
Di dalam ucapan Dato Dr Mat Yassir Ikhsan, beliau merakamkan penghargaan kepada Dato Khalid Nordin kerana menerima YBK sebagai rakan kongsi dalam mengenal pasti keluarga miskin untuk dibantu sempena Program Sinar Kasih Ramadhan 2012 untuk tahun ke 4 berturut-turut di Parlimen Pasir Gudang