Subang Jaya, 20/9/2012 - YBK mengambil langkah proaktif apabila memutuskan untuk membangunkan sebuah Islamic International School yang bertujuan menyediakan paltform membangunkan modal insan Islam dengan tuntutan dunia dan akhirat. Premis pendidikan dengan menggunakan sumber Al-Quran sebagai manual hidup tanpa meninggalkan kecemerlangan dunia kini semakin mendapat tempat dan permintaan dalam masyarakat islam.

Keputusan ini sejajar dengan aspirasi Pengasas YBK, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyarankan supaya YBK melihat ke hadapan dan memikirkan keperluan masyarakat melayu dalam pelajaran berasaskan model islam.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK diketuai oleh Dato Zainal Abidin Sakom telah memimpin perbincangan meja bulat dalam merealisasikan penubuhan "YBK International Islamic School". Perbincangan ini turut disertai oleh jemputan khas yang mempunyai pengalaman dalam dunia pendidikan. Beberapa agenda telah dibincangkan dalam misi tranformasi YBK ini dalam bidang pendidikan islam. Antara ciri-ciri YBK Islamic School yang dipertimbangkan termasuklah menggunakan medium bahasa Inggeris dan Arab, menyediakan kurikulum yang malahirkan orang Islam yang professional dan pakar dalam ilmu Al-Quran (Tahfiz), melanjutkan pelajaran dalam bidang proffesional seperti kedoktoran, kejuruteraan dan penyelidikan di universiti ternama atarabangsa.

Semoga perbincangan pertama kali ini berjaya dalam membentuk satu pasukan yang mantap untuk merealisasikan impian Pengasas serta YBK untuk membangunkan YBK International Islamic School.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;