Teluk Batik, 13/10/2012 - Asrama Kasih (ASKA) Gesir telah mengadakan aktiviti perkelahan serta lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pengalaman serta pengetahuan kepada anak-anak ASKA Gesir berkenaan sejarah Pasir Salak khasnya serta Negeri Perak amnya.

Aktiviti ini membabitkan 36 pelajar serta 5 pengiring. Bermula jam 6.30 pagi anak-anak ini dibawa ke Teluk Batik. Mereka diberi peluang untuk mandi-manda serta merasai persekitaran pantai. Kemudiannya meneruskan aktiviti melawat sekitar pangkalan TLDM, Lumut. Sekitar jam 4.00 petang, rombongan berhenti di Kompleks Sejarah Pasir Salak untuk mengenali serba sedikit sejarah berkenaan tentang penentangan Dato Maharajalela di Pasir Salak. Semoga aktiviti sehari ini dapat memberikan input serta pengalaman baru untuk anak-anak ASKA Gesir ini.

Terima kasih kepada Pengerusi ASKA Gesir, Datin Sarifah Ahmad serta sukarelawan YBK kerana memberi sokongan serta kerjasama dalam menjalankan aktiviti luar ini, bagi anak-anak ASKA Gesir.

πŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

πŸ“ž TEL :Β +60 (3) 7875 0036
πŸ“  FAKS :Β +60 (3) 7875 0719
πŸ“§ E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;