Serendah 28 Okt. - YBK telah menjalankan Majlis Korban sempena Sambutan Hari Raya Idil-Adha tahun ini. Sebanyak 2 ekor lembu telah disediakan oleh YBK untuk tujuan tersebut. Majlis korban kali ini dirancang dan dilaksanakan secara gotong royong oleh pengurusan, pelajar asrama kasih YBK Serendah dengan kerjasama penduduk berdekatan Kg Seri Serendah

Seramai hampir 100 orang dari kalangan pelajar balik awal ke asramja dan penduduk kampung datang memberikan kerjasama  menjayakan aktiviti persediaan Majlis Hari Raya Idil-Adha yang akan diadakan sebelah malam nanti.

Majlis Sambutan Hari Raya Idil-Adha Asrama Kasih YBK akan bermula jam 6.30 petang bermula dengan Solat Magrib dan Isyak secara berjemaah, Tazkirah oleh penceramah jemputan, ucapan Pengerusi YBK  dan acara  persembahan nasyid oleh pelajar asrama semasa jamuan makan. Majlis dijangka berakhir jam 10.00 mlm

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;