Dengkil, 6/11/2012 - Banjir di kawasan Bukit Changgang dalam daerah Dengkil bermula dua hari yang lalu. Terkini lima pusat pemindahan banjir telah dibuka dalam daerah Kuala Langat. Unit Sukarelawan YBK Bukit Changgang diketuai oleh Norlida Parjoh telah digerakkan untuk meringankan beban mangsa banjir di sekitar kawasan Bukit Changgang.

YBK diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datin Hartini Osman mula menyampaikan sumbangan keperluan dapur di 3 lokasi iaitu Dewan Orang Ramai Dengkil. Kemudiannya bergerak ke Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang serta pusat pemindahan banjir di Dewan Kilang GS Paper & Packaging Sdn Bhd.

Sukarelawan YBK ini turut dibantu penduduk setempat dalam penyampaian serta pengedaran keperluan dapur bagi mangsa banjir dikawasan ini. Diharapkan sumbangan yang diberi dapat meringankan beban yang ditanggung oleh kesemua mangsa yang terlibat.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;