Serendah, 17/11/2012 - Program pertama kali ini antara YBK & PUSPANITA merupakan satu usaha dalam membantu golongan wanita & ibu tunggal agar mereka mendapat lebih keyakinan dalam memulakan perniagaan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup golongan ini. Program ini turut membabitkan 150 peserta daripada Persatuan Ibu Tunggal Batang Kali, Serendah, Sungai Buaya, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan ahli Sukarelawan YBK Hulu Selangor.

Majlis dirasmikan oleh Yang DiPertua PUSPANITA, Datin Seri Dato' Rohani Abdullah. Selain itu Datin Seri Dato' Rohani juga menyampaikan sumbangan daripada pihak PUSPANITA berupa alatan persekolahan kepada 58 anak-anak ibu tunggal yang terpilih. YBK diwakili oleh Dato Zainal Abidin Sakom sebagai Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta kakitangan pengurusan YBK dan Asrama Kasih. PUSPANITA bersama YBK akan merancang dan melaksanakan program sosio-ekonomi yang sesuai untuk meningkatkan pendapatan dan kemahiran dikalangan ibu tunggal. Ini termasuklah rancangan memberi peluang kepada ibu tunggal yang mempunyai produk untuk dipasarkan di premis dan dengan kerjasama PUSPANITA Kebangsaan

Selain itu, peserta program ini disajikan dengan tiga ceramah iaitu ceramah pertama motivasi yang disampaikan oleh Puan Suzana Ghazali daripada Perunding Psikologi Keluarga & Guaman. Ceramah kedua disampaikan oleh Puan Maznah Muhammad daripada Mat Salai Sdn Bhd serta ceramah ketiga disampaikan oleh En Daud Hassan daripada KPSU Bahagian Industri Asas Tani. Semoga program ini dapat memberikan sedikit motivasi dan informasi kepada peserta dari kalangan ibu tunggal untuk lebih berjaya.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;