Gesir, 19/11/2012 - Keputusan UPSR 2012 pelajar Asrama Kasih YBK Gesir yang diumumkan hari ini lebih baik berbanding tahun 2011 dan 2010. Ini terbukti apabila sacara purata pelajar mendapat markah  76.7% dalam tahun 2012 berbanding 74.1% (2011) dan 68.7% (2010)

YBK yang menyediakan kemudahan penginapan dan persekolah secara percuma untuk  36 pelajar dari kalangan anak yatim dan termiskin dari seluruh negara tahun 2012 ini di mana 15 orang dari telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2012.

Kesemua mereka menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan  Gesir dan hanya seorang pelajar sekolah telah berjaya mencatat 5 A iaitu pelajar Asrama Kasih YBK Gesir.  Pelajar tersebut adalah Nur Aishah bt Zainuddin. Manakala seorang pelajar asrama mendapat 4A (Farah Nurazalia bt Fikhruirazi), 7 orang mendapat 2A dan semua pelajar lulus dalam semua matapelajaran. Ditanya tentang cita-cita dan harapannya, Nur Aishah berharap dengan keputusan UPSR tersebut beliau akan dipertimbangkan melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;