Kuala Kubu Baru, 15/12/2012 - YBK telah bersama menjayakan Majlis Berkhatan Orang Asli Hulu Selangor di Hospital Kuala Kubu Bahru yang dianjurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Jabatan Agama Islam Hulu Selangor. Majlis berkhatan disertai kanak dari kalangtan saudara baru sekitar daerah Hulu Selangor Tahun.

Program anjuran Majlis Agama Islam Selangor melalui Unit Pengurusan Mualaf Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Jabatan Agama Islam Selangor ini telah disertai oleh 69 peserta darim kalangan nnanak-kanak dan remaja saudara baru dari perkampungan orang asli sekitar Hulu Selangor.

YBK telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada semua 29 peserta lelaki dan 40 peserta perempuan di Klinik Pakar, Hospital Kuala Kubu Bharu. Objektif program adalah memberi kesedaran kepada saudara baru bahawa khatan/khitan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama dan bagi wanita ianya mampu meningkatkan kemuliaan dan martabat wanita itu sendiri.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;