Serdang, 13/12/2012 - YBK dengan kerjasama PUSPANITA Kebangsaan telah menganjurkan Kursus Penyediaan Produk Untuk Penjanaan Pendapatan Ibu Tunggal dan Ahli Puspanita Berpendapatan Rendah di Pusat Bimbingan Usahawan, Jabatan Pertanian Serdang. Program telah disertai oleh 40 orang dari kalangan ibu tunggal dan ahli PUSPANITA yang berpendapatan rendah. 

Kursus telah dibimbing oleh pegawai berkelayakan dari Jabatan Pertanian Serdang. Kursus yang telah dijalankan ialah, penyediaan makanan sejuk beku seperti karipap dan talam sagu, manakala kursus ‘bakery’ adalah seperti pizza mini, bun manis dan kek cawan. Majlis perasmian penutup dan penyampian sijil telah disempurnakan oleh Ybhg Datin Seri Dato’ Rohani Abdullah, YDP PUSPANITA Kebangsaan. YBK diwakili oleh Ybhg Prof. Emeritus Dato’ Dr Sulaiman Yassin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;