Kemaman 30/12/2012 - Banjir di daerah Kemaman kali ini adalah antara yang terburuk dalam tempoh hampir 2 dekad. Walaupun banjir telah hampir surut tetapi ada beberapa kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya. Maka YBK melalui bahagian sukarelawannya menyampaikan sumbangan berupa 500 helai tuala serta 200 helai selimut. Adalah diharapkan sumbangan tuala dan selimut ini YBK dapat meringankan kesusahan dan membantu mangsa banjir di sini.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh CEO YBK, En Zulhairy Jalaluddin yangΒ  mewakili Pengerusi YBK, YBhg Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom kepada Puan Muhanisah bt Ayob Pegawai daripada Pejabat Daerah Kemaman. Turut hadir En Ghazali Awang, Pengarah Jabatan Kebajikan Daerah Kemaman.

Warga YBK mendoakan supaya kesemua mangsa yang terlibat banjir tabah dan bersabar menghadapi ujian daripada Allah.Β 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;