Serendah, 6/1/2013 - YBK dengan kerjasama PUSPANITA dan PTPTN telah mendaftarkan  akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) setiap pelajar Asrama Kasih YBK. Dengan ini seramai 200 pelajar Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir yang mendaftar akan layak menerima faedah yang ditawarkan oleh Perpadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN )termasuk pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti kelak.

Untuk tujuan ini PUSPANITA telah menyumbang sebanyak RM6,000.00 dan pihak PTPTN pula menyumbang RM20,000.00 kepada Yayasan Basmi Kemiskinan bagi membolehkan setiap pelajar asrama kasih YBK membuka akaun deposit dalam SPPN-i. Dengan sumbangan tersebut setiap pelajar dapat membuka akaun SPPN-i dengan deposit RM130.00 setiap orang di Asrama Kasih YBK Serendah oleh beberapa orang kakitangan PTPTN yang hadir. 

Dalam ucapan alu-aluan Dato Zainal Abidin Hj Sakom Pengerusi YBK merakakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PUSPANITA Kebangsaan dan PTPN kerana sumbangan tersebut dan berharap PUSPANITA dan PTPTN terus menyokong YBK dalam usaha membasmi kemiskina. Majlis perasmian  telah disempurnakan oleh Datin Seri Dato Rohani Abdullah selaku YDP PUSPANITA Kebangsaan setelah taklimat SPPN-i oleh Pengurus Besar Kanan Pejabat Operasi Cawangan PTPTN Hj Tuan Din Tuan Mat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;