Tasik Bukit Serendah - Kepuasan melihat hasil tanaman tembikai madu Projek Koperasi Kasih YBK (KO-KASIH) amat mengujakan. Tuaian ini merupakan yang pertama selepas penanaman pusingan kedua tiga bulan yang lalu. Secara keseluruhannya kualiti buah tembikai madu menepati kehendak pasaran.

FAMA Hulu Selangor melalui konsep ladang rakyat telah mengambil keseluruhan hasil tuaian tembikai madu ini dengan berat keseluruhan hampir 380 kg. Jika tiada masalah tuaian ketiga akan dilakukan pada isnin depan untuk melengkapkan proses pengambilan buah. Turut hadir dalam proses pengambilan buah ialah Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Sakom, Datin Hartini Osman, AJK Koperasi serta kakitangan YBK.

Harapan kami supaya projek agro tourism yang dibangunkan oleh Ko-Kasih YBK ini dapat memberikan sedikit pengalaman serta  pengetahuan pembangunan projek pertanian.  

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;