Kuala Lumpur, 18/1/2013 - Konflik Israel - Palestin yang bermula pada 1948 sehingga kini masih belum boleh diselesaikan. Begitu banyak kemusnahan serta nyawa yang terkorban di pihak Palestin. Perdana Global Peace Foundation(PGPF), merupakan Yayasan yang giat memperjuangan keamanan di bumi Palestin telah menganjurkan kutipan derma 'Tabung Kecemasan Gaza'.

PGPF dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad telah mengumpulkan beberapa penderma bagi program Tabung Kecemasan Gaza ini di Kuala Lumpur. YBK melalui Pengerusinya, Dato Zainal Abidin Sakom telah menyampaikan sumbangan RM50,000.00 untuk Tabung Kecemasan Gaza ini.

Pada majlis ini juga PGPF turut melancarkan sukarelawan PGPF bagi setiap negeri. 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;