Shah Alam, 5/1/2013 - YBK telah menganjurkan Perjumpaan Warga YBK 2013 di mana semua kakitangan dan anak syarikat YBK berkumpul sempena menyambut tahun 2013 di Hotel Grand Blue Wave. Majlis ini diserikan dengan ceramah khas oleh Professor Emeritus Dr. Dato Sulaiman Md Yassin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), perkongsian pengalaman hidup oleh Dato Dr Hushamuddin Hj Yaakob  Managing Direktor Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dan Amanat oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom Pengerusi YBK.

Pofesor Emeritus Dr Dato Sulaiman Md Yassin dalam sesi ceramahnya berjaya memberi inspirasi kepada warga YBK bagaimana tugas dan tanggungjawab YBK yang banyak lagi dalam membantu kerajaan. Beliau juga merungkai kemiskinan bukan lagi diukur dari prespektif pendapatan isirumah tetapi merangkumi kesejahteraan hidup atau kehidupan yang mampan (sustainable livelihood). Untuk tujuan itu warga YBK perlu sering melihat aspek modal-modal insan, sosial, budaya, fizikal dan budaya dalam memastikan 'sustainable livelihood'

Dato Dr Hushamuddin Hj Yaakob juga menyentuh emosi warga YBK dalam sesi perkongsian bagaimana beliau menggunakan pengalaman zaman kanak-kanaknya membina tekad dan cita-cita untuk berjaya sebagai orang kaya dan berjaya dalam perniagaan. Berkenaan dengan rahsia bagaimana beliau berjaya membina empayar perniagaan melalui syarikat penerbitan Kumpulan Karangkraf, beliau menyatakan hanya semangat dan teladan, follow through, ikhlas dan kakitangan yang sentiasa gembira menyumbang kejayaan syarikatnya.

Akhir sesi Dato Zainal Abidin Hj Sakom mengingatkan semua warga YBK hendaklah sentiasa mengamalkan nilai-nilai budaya kerja yang baik iaitu ghairah (passionate), ikhlas, yakin dan gembira dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab disamping tidak lupa dengan sasaran kerja tahunan atau KPI yang telah ditentukan. Beliau berharap pendapatan YBK hasil pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin akan membolehkan YBK melonjak sebagai sebuah yayasan yang berupaya menyara sendiri program pembasmian kemiskinan dalam tahun yang mendatang. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;