ROKETKINI.COM telah mengeluarkan sebuah artikel bertajuk ‘JASA bazir dana awam, dipercayai terbabit sindiket beri MyKad, daftar pengundi hantu’ di dalam portal rasminya di http://roketkini.com/2013/01/31/jasa-bazir-dana-awam-dipercayai-terbabit-sindiket-beri-mykad-daftar-pengundi-hantu/

Artikel tersebut menyentuh pelbagai perkara dan mendakwa bagaimana JASA, iaitu Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan menjadi alat propagandis UMNO/Barisan Nasional. Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, kajian Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP) mendakwa JASA telah membelanjakan sebanyak RM23juta wang rakyat yang diperuntukkan dalam Belanjawan Negara 2103 untuk tujuan tersebut.

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)  tidak berhasrat mengulas perkara di atas sebab yakin pihak Dato Fuad Hassan selaku Pengarah sudah bersiap sedia untuk bertindak dan mempunyai alasan dan jawapannya.

Namun demikian diperenggan akhir artikel tersebut menyatakan ‘Bagaimanapun tambah Dr Ong, peranan JASA yang mendokong gagasan 1Malaysia telah gagal apabila bekas ADUN Batang Kali, Datuk Zainal Sakom menyatakan “orang India adalah peminta sedekah” dan “orang Cina terutamanya wanita datang ke Malaysia untuk menjual tubuh” ketika majlis Rapat 1Malaysia anjuran mereka’  .

Penyataan ini adalah suatu tuduhan dan fitnah. Dato Zainal Abidin Hj Sakom selaku Pengerusi YBK memandang serius tuduhan berniat jahat yang dibuat oleh Dr Ong Kian Ming. Menurut Dato Zainal sepanjang pengetahuannya beliau tidak pernah membuat penyataan seperti itu kecuali 2 orang pemimpin UMNO yang telah pun diambil tindakan oleh MT UMNO sebelum ini.

Pihak YBK telah menulis email dan membuat kenyataan dalam facebook ROKETKINI.COM meminta pihak bertanggungjawab dan menarik balik artikel terbuka tersebut yang menyebabkan reputasi baik Dato Zainal Sakom selaku Pengerusi YBK terjejas khususnya di kalangan masyarakat India dan China,

Oleh yang demkian YBK mendesak pihak ROKETKINI.COM dan Dr Dr Ong Kian Ming, Pakar Strategik Pilihanraya DAP, menarik semula kenyataannya dalam tempuh 24 jam mengenai Dato Zainal Abidin Hj Sakom kerana ia adalah suatu fitnah dan berniat dengan senagaja menjatuhkan repuitasi baik Dato Zainal Abdidin Hj Sakom. Kegagalan ROKETKINI.COM dan Dr Ong Kian Ming, Pakar Strategik Pilihanraya DAP berbuat demikian dalam tempuh tersebut, Dato Zainal Abidin Hj Sakom akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya

Zulhairy bin Jalaluddin (CEO YBK)

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;