Hulu Selangor, 7/2/2013-  Sempena sambutan tahun baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan bersama-sama Jaksa Pendamai (JP) Hulu Selangor, hari ini datang untuk memberi sumbangan kepada 100 pelajar miskin terpilih dari dua buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini.

Sumbangan tersebut diberi dalam program penyampaian “Ang Pow” berasingan di dua buah sekolah tersebut iaitu SJKC Serendah dan SJKC Kampung Gurney, Ulu Yam di sini.

Penolong Kanan Pentadbiran SJKC Kampung Gurney Chen Woon Kin ketika ditemui berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada YBK kerana hadir memberikan sumbangan kepada pelajar di sekolah mereka.

 “Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Sedikit sebanyak ia menceriakan pelajar kami yang berasal dari keluarga miskin menyambut sambutan tahun baru Cina,” katanya.

Datin Sarifah bt Ahmad telah menyampaikan Ang Pow bagi bagi YBK. Manakala bagi pihak Jaksa Pendamai Hulu Selangor disampaikan oleh Datin Rugayah Abd Malik. Turut sama meraikan majlis penyampaian Ang Pow adalah pegawai YBK dan juga beberapa ahli sukarelawan YBK.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;