Kuang, 23/2/2013 - Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita, satu program bagi meningkatkan kesedaran kesihatan di kalangan penduduk luar bandar. Dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, Klinik Kesihatan Kuang dan Kelab Warga emas Kuang, YBK telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan Sempena Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kuang pada 23 Fabruari 2013 bertempat di Klinik Kesihatan Kuang.

Antara pemeriksaan kesihatan yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan ‘pap smear’, tekanan darah, glukos, dan pemeriksaan berat badan unggul dan derma darah. Perasmian penutup program tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Abdul Shukor Haji Idrus, ADUN Kuang. Dalam ucapan beliau menekankan ke arah mendapatkan kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan yang sebaiknya dan mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Turut hadir mewakili YBhg Pengerusi YBK ialah Tuan Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;