Rawang 24/2/2014 - YBK menyumbang kewangan kepada Sekolah Maahd Tahfiz Darul Quran di Kg Sg Buaya. Sumbangan ini memenuhi permintaan pengurusan sekolah bagi membiayao sebahagian kos pembinaan sebuah bangunan 3 tingkat untuk asrama dan surau bagi kegunaan pelajar. Menurut Pengetua sekolah Ustaz Muhd Minalhaq Sulaiman seramai 110 orang pelajar sedang belajar hafazan di sinj dari kalangan pelajar yang berumu3 13-17 tahun

Rombongan YBK yang diketua oleh Datin Hartini Osman telah menyampaikan cek bernilai RM100,000.00 kepada Pengetua Tahfiz di pejabatnya di sini. Sekolah yang beroperasi lebih 20 tahun ini memerlukan bangunan tambahan bagi menampung keperluan pelajar yang kian meningkat. Pengetua juga dibantu oleh seramai 6 orang guru Agama yang mengajar sepenuh masa. 

Menurut Pengetua pihak sekolah masih mencari dana bagi membiaya pembinaan bangunan tersebut dari orang ramai. Mana-mana pihak yang bercadang memberi sumbangan kepada Encik Mohd Minal Hk boleh dihubungi dengan telefon 0193779198.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;