- Hit: 1546
YBK dengan Malaysia France Institute telah mengadakan perjanjian kerjasama apabila pihak MFI bersetuju menerima kemasukan pelajar tajaan YBK untuk meneruskan pelajar ke institut tersebut. Majlis menandatangani MOU YBK dengan MFI diadakan di Dewan MFI, Bangi. Majlis dirasmikan oleh Hj Mohd Mydin Mohd Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MFI.
Beliau turut menyaksikan Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Sakom dan Pengarah Urusan MFI, En. Rosly Ahmad menandatangani MoU. MoU ini memberi peluang kepada 21 pelajar Asrama Kasih (kumpulan pertama) menjalani latihan kejuruteraan di bidang Diploma Teknologi Elektrikal dan Pemasangan Peralatan selama 3 tahun di MFI. Kesemua pelajar ini mendapat bantuan kemudahan pinjaman Pelajaran MARA.