- Hit: 1562
Majlis dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Hj Abdul Rafai Mahat yang diwakili oleh Hj Saranom Kalimon di Sekolah Menengah Dato Harun, Tanjung Karang. Hadir sama ialah wakil Pengerusi YBK, Pengurus Pendidikan & Latihan, Bing Selamat Amir dan Setiausaha Agung Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor, Hj Johari Zaini.
YBK turut merai dan menyampaikan sumbangan wang kepada 12 pelajar yang mengikuti program KUNTUM yang mendapat keputusan terbaik dalam SPM 1998.