YBK telah menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan pelajar, iaitu Pusat Kecemerlangan Pelajar Kg Orang Asli Serigala Hulu Selangor dalam usaha YBK membasmi kemiskinan melalui kecemerlangan pelajar kanak-kanak miskin.

Majlis pelancaran pusat tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail di Kampong Orang Asli Serigala, Hulu Selangor. Tujuan pusat ini ialah untuk memberi peluang kepada anak-anak Orang Asli yang tercicir belajar di pusat kecemerlangan pendidikan di kampung mereka sendiri. Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato G. Palanivel, Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Sakom, ADUN Kuala Kubu Bharu Dato Ch'ng Toh Eng dan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Abdul Hakim Borhan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;