YBK dengan kerjasama pihak Majlis Agama Islam Selangor telah melaksanakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin dari Selangor dan Wilayahn Persekutuan.

Penyampaian sumbangan telah diadakan di Surau As-Syakirin sempena menyambut Ramadhan al-mubarak. Sumbangan kepada l,100 anak ibu tunggal/yatim dari Selangor dan Kuala Lumpur disampaikan oleh Pn Hartini Osman, (Jemaah Penasihat YBK). Turut menyampaikan sumbangan ialah Hj Abdul Rahim Bakar (Ketua Pegawai Operasi, KLCC) dan Hj Ab Hamid Bakar, Pengerusi Surau As-Syakirin, KLCC. Turut hadir Mej(B) Mohd Rahim Wahab (Timbalan Pengerusi & AJK Surau) dan Pengurus Besar YBK, Mohd Tamin Yusof.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;