Kelana Jaya, 30/6/1998 - Satu majlis sambutan telah diadakan di Pejabat YBK, Kelana Jaya oleh Dato Pengerusi YBK. Hadir sama Pengurus Besar, Mohd Tamin Yusof dan Pengurus Pendidikan & Latihan, Bing Selamat Amir.

Tujuan adalah untuk memberi peluang kepada golongan belia Islam Kemboja mempelajari kursus dibidang teknikal dan profesional. Peserta terpilih terdiri daripada 10 belia wanita dan lelaki yang mana telah menjalani kursus intensif Bahasa Malaysia selama 6 bulan di Pusat Bahasa di Kemboja. Pelajar lelaki akan mengikuti kursus di Pusat GIAT Kalumpang manakala pelajar wanita mengikuti kursus Komputer dan Perniagaan di Akademi Komuniti YBK-EDI, Banting.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;