Kuala Lumpur,23/12/1997 - YBK telah mengadakan Perjanjian Persefahaman dengan Bank Rakyat untuk menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman pelajaran kepada pelajar YBK. Dengan kemudahan setiap orang pelajar Kolej Komuniti YBK peringkat diploma akan diberi kemudahan pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pelajar di Kolej YBK

Majlis menandatangani MoU Skim Pembiayaan Pelajaran YBK-Bank Rakyat telah dijalankan di Ibu Pejabat Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Tujuan skim ini ialah untuk membolehkan pelajar miskin membiayai kursus atau program latihan yang dianjurkan oleh YBK di peringkat sijil dan diploma. Bank Rakyat diwakili oleh Pengerusinya, Dato' Dr. Haji Yusof Yaacob, dan YBK oleh Pengerusinya Dato'Haji Zainal Abidin Hj Sakom. Jumlah pinjaman yang ditawarkan ialah antara RM3,000 hingga RM5,000 mengikut keperluan pelajar. Pembayaran balik tertakluk kepada jadual yang telah ditetapkan dalam jangka masa dua hingga tiga tahun.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;